Posted by Unknown
| 06:09
Kemahiran penggunaan komputer telah diserap didalam sukatan mata pelajaran KSSR pada masa kini. Kemahiran ini wajib diajar kepada murid supaya matlamat pendidikan bertaraf dunia dapat dicapai menjelang tahun 2025 nanti.

Gambar dibawah menunjukkan pembelajaran komputer di ajar di SK Petaling 1.

Pembelajaran bersama murid tahun 1 Berlian
Aktiviti Pembelajaran Murid Tahun 1

Aktiviti Pembelajaran Murid Tahun 1

Aktiviti Pembelajaran Murid Tahun 1





Pembelajaran bersama murid moral Tahun 1





Pembelajaran ini dilaksanakan bersama kelas 1Berlian. Kemahiran yang diajar kepada murid-murid ini adalah Asas penggunaan Microsoft Word. Saya telah dibantu oleh seorang pengawas makmal komputer (Bridge Cyber) bagi melancarkan proses pembelajaran ini..

Pembelajaran bersama murid moral pula telah berjalan selama lebih 3 bulan dan tahap mereka sekarang adalah mereka telah sampai ke asas penggunaan Microsoft Power Point.

Sesungguhnya proses pembelajaran dan pengajaran menggunakan kemudahan komputer bukanlah sesuatu yang mudah khusus nya buat murid-murid di tahun 1 dan 2.Ini kerana mejoriti dari mereka tidak pernah menggunakan komputer dirumah atau dimana-mana. Ini merupakan cabaran yang besar bagi semua guru-guru untuk melaksanakan pengajaran menggunakan komputer kerana ianya melibatkan masa yang tehad dan kemahiran murid yang terlalu lemah.

Dan menjadi matlamat utama Makmal Komputer SK Petaling 1 bagi melatih dan mendidik murid-murid SK Petaling 1 bagi menjayakan program pembudayaan ICT kepada semua warga SK Petaling 1. Kami juga mengharapkan sokongan dari semua Ibubapa dan masyarakat supaya dapat bersama-sama kami untuk mendidik dan memberi tunjuk ajar supaya mereka dapat menggunakan kemudahan ICT ini dengan baik dan bijak.