Posted by Unknown
| 05:48
Pengenalan

Smart School Qualification Standards (SSQS) merupakan indikator yang digunapakai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengukur tahap bestari sekolah.

Setiap sekolah bertanggungjawab menilai secara kendiri tahap bestari sekolah masing-masing mengikut jadual ketetapan KPM. SSQS secara dalam talian boleh dicapai melalui http://ssqs.moe.edu.my/.

 Empat (4) bidang utama SSQS ialah 
  1. modal insan (pembangunan kompetensi ICT pentadbir, guru dan murid)
  2. penggunaan ICT (integrasi ICT dalam pengurusan serta P&P)
  3. aplikasi (sistem yang digunakan di sekolah)
  4. isnfrastruktur (teknologi sedia ada di sekolah)
 Pencapaian Tahap Bestari

Tahap bestari SSQS dikategorikan dalam lingkungan satu (1) hingga lima (5) bintang. Sekolah yang mencapai satu (1) dan dua (2) bintang ternyata belum mencapai tahap bestari yang diunjurkan.

Sekolah yang mencapai tahap tiga (3) bintang ke atas dikategorikan sebagai sekolah yang memcapai tahap bestari.