Posted by Unknown
| 18:51
Pada hari isnin 25.3.2013, 3 orang pengawas Makmal Komputer SK Petaling 1 yang terdiri dari murid tahun 6 telah membantu Guru ICT didalam menyediakan bahan-bahan yang diperlukan bagi menghias Makmal Komputer SK Petaling 1.
Pihak Makmal Komputer juga dibantu oleh 1 Pelajar dari sekolah menengah bagi menjadi fasilitator didalam menyiapkan bahan-bahan ini.
Antara bahan yang dihasilkan oleh Pengawas ini adalah :
Pihak Makmal Komputer juga dibantu oleh 1 Pelajar dari sekolah menengah bagi menjadi fasilitator didalam menyiapkan bahan-bahan ini.
Antara bahan yang dihasilkan oleh Pengawas ini adalah :
- Carta organisasi induk Makmal Komputer
- Carta organisasi Pengawas ICT
- Membuat misi dan visi SK Petaling 1 untuk dimuat turun ke dalam Portal dan VLE FROG sekolah.
Posted by Unknown
| 08:53
Pembelajaran menggunakan komputer untuk kelas tahun 3
Banyak kelamahan yang perlu diperbaiki
Murid-murid ini masih terlalu lemah asas penggunaan komputer
Beberapa aktiviti akan dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini..
timbul persoalan...
bagaimanakah murid-murid ini dapat melaksanakan penggunaan VLE FROG jika asas penggunaan komputer mereka masih terlalu lemah.....
Posted by Unknown
| 07:53
Sekiranya anda hendak meminda maklumat kepada data yang telah ditaip.
*Kekunci Arrow/ Backspace/ Space Bar/ Delete boleh digunakan bagi meminda data.
- Pilih data di Cell yang hendak dipinda.
- Tekan kekunci F2 (Function Key)
. - Edit data yang hendak dibuat perubahan.
- Tekan kekunci Enter
.
atau
- Klik 2X pada Cell yang hendak dipinda.
- Klik pada maklumat yang perlu dipinda dalam Cell berkenaan.
- Edit data yang hendak dipinda.
- Tekan kekunci Enter
.
atau
- Klik pada Cell yang hendak dipinda.
- Klik di Formula Bar.
- Taipkan maklumat yang hendak dipinda.
- Tekan kekunci Enter
.
Posted by Unknown
| 07:48
- Klik pada permulaan Cell yang dipilih.
- Klik dan seret tetikus sehingga ke ruang Cell yang dikehendaki.
atau
- Klik pada permulaan Cell yang dipilih.
- Tekan kekunci Shift dan klik pada ruang Cell yang dikehendaki. (Shift-Clicking)
atau
- Gunakan kekunci Arrow untuk memilih permulaan Cell.
- Tekan kekunci Shift dan tekan kekunci Arrow ke bawah, ke atas, ke kanan atau ke kiri untuk memilih ruang yang dikehendaki.
Posted by Unknown
| 07:45
Memahami dan mengetahui cara cara untuk memilih data dalam Cell adalah penting kerana kebanyakkan daripada operasi yang hendak dijalankan adalah berdasarkan kepada Cell yang dipilih. Anda boleh memilih lebih dari satu Cell dalam satu masa. Ini membenarkan anda untuk membuat perubahan ke atas satu kumpulan Cell, termasuk menukar Fonts, Formatting atau pindaan dan sebagainya. Setiap Cell boleh mengandungi nombor, label atau formula.
Sebagai contoh;
Gambarajah di bawah menunjukkan Cell yang aktif adalah satu iaitu B4.
Sebagai contoh;
Gambarajah di bawah menunjukkan Cell yang aktif adalah satu iaitu B4.
Posted by Unknown
| 07:42
Memasukkan data ke dalam satu Cell.
- Pilih satu Cell yang hendak dimasukkan data.
- Taipkan data yang hendak dimasukkan.
- Tekan kekunci ENTER.
Memasukkan data ke dalam satu ruang tertentu.
- Pilih satu ruangan Cell yang hendak dimasukkan data.
- Taipkan data yang hendak dimasukkan.
- Tekan kekunci Tab untuk memasukkan data yang seterusnya.
*Bagi menghapuskan keseluruhan data pada Cell, anda boleh menggunakan kekunci Backspace.
*Bagi mengedit data pada Cell, klik 2X pada Cell yang diinginkan.
*Bagi mengedit data pada Cell, klik 2X pada Cell yang diinginkan.
*Selain itu, anda boleh menggunakan kekunci
bagi mengedit data pada Cell.
bagi mengedit data pada Cell.
Sumber : one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 07:18
Mouse pointer akan berubah bentuk apabila melalui beberapa bahagian di dalam Ms-Excel.
Sumber : one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 07:14
Setiap Workbook mengandungi 3 Worksheets secara preset (Default) iaitu dari Sheet 1 hingga Sheet 3.
Worksheets boleh ditambah sehingga ke 255 sheet dalam satu fail Ms-Excel yang sama.
Sumber :one-stop-solution.com
Worksheets boleh ditambah sehingga ke 255 sheet dalam satu fail Ms-Excel yang sama.
Sumber :one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 07:11
Rajah dibawah menunjukkan Cell aktif adalah B2.
B2 adalah dibentuk oleh Column B dan Row 2.
Bahagian yang memaparkan Cell aktif dipanggil Name Box.
Sumber : one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 07:08
Untuk mencipta satu Workbook baru;
Sumber :one-stop-solution.com
- Klik pada tab File (1)
- Klik pada menu New (2).
- Bagi mencipta Workbook baru;
- Klik 2 kali pada ikon Blank Workbook (3) atau
- Klik pada ikon Blank Workbook, kemudian klik pada ikon Create (4) atau
- Anda boleh pilih pada Office.com Templates (5).
Sumber :one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 07:03
- Ms-Excel merupakan aplikasi Windows untuk melaksanakan pengiraan.
- Ms-Excel merangkumi baris (Rows) dan jalur (Columns) yang dikenali sebagai Spreadsheets atau Worksheets.
- Ms-Excel sangat berguna dalam kerja-kerja pengurusan, seperti pengurusan pejabat yang melibatkan penyimpanan maklumat yang berkaitan dengan angka.
- Bukukerja (Workbook) Excel adalah dibentuk oleh Cell.
- Setiap Cell mempunyai satu alamatnya tersendiri yang mana ditentukan oleh kedudukan Column dan Row.
- Column diwakili oleh abjad yang bermula dari A hingga XFD yang terdapat di bahagian atas setiap Worksheets.
- Row diwakili oleh nombor yang bermula dari 1 hingga 1048567 yang berada di bahagian kiri setiap Worksheets.
Sumber : one-stop-solution.com
Posted by Unknown
| 05:48
Mesyuarat Pengawas Makmal ICT SK Petaling 1 telah julung-julung kalinya bersidang pada hari ini 12 Mac 2013 pada jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari. Tetamu jemputan dari pihak pentadbiran iaitu YM Pn Raja Zaharah bt Raja Madun telah meluangkan masa untuk merasmikan mesyuarat sulung Pengawas ICT kali pertama ini.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En Mohd Jamil bin Abd Patah ( Guru ICT ). Mesyuarat kali pertama ini tertumpu kepada bidang tugas Pengawas ICT. Selain itu pelbagai masalah yang dihadapi oleh Pengawas ICT juga dibincangkan.
Matlamat mesyuarat kali ini adalah untuk menekankan tentang peranan dan tanggungjawab Pengawas Makmal ICT didalam membantu sekolah didalam membudayakan ICT didalam sekolah. Walaupun bilangan pengawas hanya 5 orang namun ia tidak menjadi halangan kepada mereka untuk membuktikan kemampuan mereka.
Subscribe to:
Comments (Atom)














